Speed Limiter Device in Malaysia

Kementerian Pengangkutan Malaysia Wajibkan Peranti Kawalan Had Laju (SLD) Bagi Kenderaan Perdagangan Mulai Oktober 2025

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan bahawa penggunaan Speed Limitation Device (SLD) akan diwajibkan secara berperingkat ke atas kenderaan perdagangan—terutama bas ekspres, bas persiaran, dan lori muatan berat—mulai 1 Oktober 2025

Fasa Pelaksanaan

  • Fasa 1 – Mulai 1 Oktober 2025
    Semua kenderaan perdagangan melebihi 3,500 kg yang didaftarkan dari 1 Januari 2015 wajib menjalani pengesahan fungsi SLD. Laporan pengesahan mesti diperoleh daripada pengeluar, bengkel atau Technical Service (TS) diiktiraf JPJ, atau badan pensijilan yang diluluskan oleh JPJ. Dokumen ini perlu diperbaharui setiap dua tahun dan disimpan dalam kenderaan untuk tujuan penguatkuasaan WPJP dan APAD
  • Fasa 2 – Mulai 1 Januari 2026
    Bagi kenderaan perdagangan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan mempunyai sistem SLD dalam ECU, pengaktifan peranti itu menjadi wajib. Ini termasuk kenderaan import terpakai dan ‘rebuild’. Keperluan dokumentasi dan pengesahan sama seperti Fasa 1
  • Fasa 3 – Mulai 1 Julai 2026
    Untuk kenderaan yang tiada SLD asal, pemasangan sistem retrofit yang disahkan JPJ diwajibkan. Bengkel atau TS yang diiktiraf mesti mengesahkan fungsi SLD, dan dokumennya perlu diperbaharui setiap dua tahun serta dibawa dalam kenderaan

Kenderaan yang tidak memiliki SLD berfungsi dijangka gagal pemeriksaan kenderaan, sekaligus dilarang berada di jalan raya setelah 1 Oktober 2025

Sasaran Kenderaan dan Had Laju

Peraturan ini terpakai kepada:

  • Kenderaan barangan berat melebihi 3,500 kg GVW,
  • Kenderaan penumpang dengan berat melebihi 5,000 kg atau membawa lebih daripada lapan penumpang

Had laju maksimum untuk kenderaan berat ditetapkan kepada 90 km/j, meskipun lebuh raya membenarkan 110 km/j, pilihan SLD akan mengehadkan operasi kepada 90 km/j sebagai standard keselamatan nasional

Inisiatif Keselamatan Tambahan

Selain penguatkuasaan SLD, MOT turut memperkenalkan langkah-langkah tambahan termasuk:-

  • Pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan untuk bas ekspres dan persiaran yang dibina selepas 1 Julai 2025
  • Penggantungan lesen pemandu bila terlibat kemalangan maut atau cedera serius
  • Pembangunan pangkalan data khas pemandu kenderaan berat dan reformasi sistem KEJARA (boleh disemak melalui aplikasi MyJPJ)
  • Penambahbaikan pemeriksaan PUSPAKOM untuk brek, tayar dan muatan lori
  • Operasi khas JISA (Audit & Pemeriksaan Keselamatan)
  • Pelaksanaan sistem High‑Speed Weigh‑In‑Motion (HS‑WIM)
  • Penggunaan Body‑Worn Camera oleh anggota JPJ demi ketelusan penguatkuasaan
Speed Limiter Malaysia
Speed Limiter Malaysia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *