Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan penggunaan Speed Limitation Device (SLD) ke atas kenderaan perdagangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut. SLD ialah peranti yang mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan, khususnya bagi kenderaan berat dan membawa penumpang.
Pemasangan SLD Secara Retrofit
Mulai 1 Julai 2026, kenderaan yang tiada sistem SLD diwajibkan memasang peranti ini secara retrofit dan disahkan oleh pihak bertauliah. Dokumen pengesahan juga perlu diperbaharui setiap dua tahun dan disimpan dalam kenderaan.
Pengesahan Kefungsian SLD
Mulai 1 Oktober 2025, kenderaan perdagangan (melebihi 3,500kg) yang didaftar mulai 1 Januari 2015 diwajibkan mendapatkan pengesahan fungsi dan laporan SLD daripada pihak yang dilantik JPJ. Dokumen perlu diperbaharui setiap dua tahun dan disimpan dalam kenderaan untuk tujuan penguatkuasaan.
Pengaktifan SLD dalam ECU
Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan mempunyai SLD dalam sistem ECU wajib mengaktifkannya mulai 1 Januari 2026. Ini termasuk kenderaan rebuild dan import terpakai. Pengesahan dan dokumen berkaitan perlu diperbaharui dua tahun sekali.
Pelaksanaan COP di Kilang
Bermula April 2025, JPJ melaksanakan pemeriksaan COP di kilang pengeluaran bagi model yang memiliki Sijil VTA sejak 2015, bagi memastikan tetapan SLD mematuhi Had Laju Kebangsaan sebelum dipasarkan.

Leave a Reply